Tuesday, June 8, 2010
Majils Penyampaian Hadiah Semester 1 Tahun 2010
Majlis Penyampaian Hadiah telah diadakan pada 27 Mei 2010, jam 7 pagi. Semua guru telah diberi tugas dan tanggungjawab masing-masing. Berikut merupakan gambar yang ditangkap semasa majlis penyampaian hadian diadakan.
Majlis Penyampaian Hadiah PBSM, SJKC Chi Hwa
Majlis ini berlangung pada 28.05.2010 di SJKC Chi Hwa, Batu 1.5. Sebanyak 16 orang murid daripada sekolah kami telah lulus ujian bertulis PBSM dan akan mendapat sijil kelulusan ujian tersebut pada hari tersebut. Sekolah kami telah menghantar Penolong Kanan Kokum dan lima orang guru penasihat PBSM untuk menghadiri majlis tersebut bersam-sama dengan 15 orang murid ini. Keadaan pada hari tersebut memeriahkan dan majlis ini berlangsung selama 2jam 30min dan tirai tutup pada pukul 4.30 petang.
Thursday, April 29, 2010
Bengkel Bestari Pembangunan Blog Sekolah
Bengkel Pembangunan Blog Sekolah dianjurkan oleh PKG, Sandakan dan telah berjaya dilaksanakan di Sandakan. Tujuan bengkel ini dianjurkan adalah untuk memberi peluang kepada guru ICT untuk menguasai kemahiran untuk membina blog sekolah. Dengan berbuat demikian, sekolah boleh memuatkan maklumat terkini ke dalam blog sekolah supaya ibubapa dapat mengetahui maklumat terkini melalui blog ini.
Sejarah Sekolah
Pada 1930, SJKC Yuk Choi berkedudukan di tengah kaki bukit Bendera Sandakan dengan kawasan hanya seluas 1/2 hektar. Bangunan ini hanya sebuah ruamh atap dan dibina oleh penduduk tempatan. Pada 1985, sekolah ini hanya terdapat lebih kurang dua puluh orang murid dan empat orang guru sahaja. Kemudian, berlaku satu kebakaran dan lembaga sekolah telah meminta kebenaran daripada pihak tertentu untuk menyumbangkan tanah seluas lima hektar berhampiran dengan Taman Indah Jaya untuk dijadikan pembinaan bangunan baru sekolah ini. Pada jun 1988, impian untuk membina sekolah baru telah dicapai dan ia merupakan sebuah bangunan bertingkat tiga dengan bilik darjah sebanyak 12 buah kelas. Kini, sekolah ini mempunyai sebanyak 31 orang guru dengan bilangan murid sebanyak 500 orang. Bilangan kelas juga bertamabh 3 buah menjadi 15 buah bilik darjah.
Subscribe to:
Posts (Atom)