Bengkel Pembangunan Blog Sekolah dianjurkan oleh PKG, Sandakan dan telah berjaya dilaksanakan di Sandakan. Tujuan bengkel ini dianjurkan adalah untuk memberi peluang kepada guru ICT untuk menguasai kemahiran untuk membina blog sekolah. Dengan berbuat demikian, sekolah boleh memuatkan maklumat terkini ke dalam blog sekolah supaya ibubapa dapat mengetahui maklumat terkini melalui blog ini.
Thursday, April 29, 2010
Sejarah Sekolah
Pada 1930, SJKC Yuk Choi berkedudukan di tengah kaki bukit Bendera Sandakan dengan kawasan hanya seluas 1/2 hektar. Bangunan ini hanya sebuah ruamh atap dan dibina oleh penduduk tempatan. Pada 1985, sekolah ini hanya terdapat lebih kurang dua puluh orang murid dan empat orang guru sahaja. Kemudian, berlaku satu kebakaran dan lembaga sekolah telah meminta kebenaran daripada pihak tertentu untuk menyumbangkan tanah seluas lima hektar berhampiran dengan Taman Indah Jaya untuk dijadikan pembinaan bangunan baru sekolah ini. Pada jun 1988, impian untuk membina sekolah baru telah dicapai dan ia merupakan sebuah bangunan bertingkat tiga dengan bilik darjah sebanyak 12 buah kelas. Kini, sekolah ini mempunyai sebanyak 31 orang guru dengan bilangan murid sebanyak 500 orang. Bilangan kelas juga bertamabh 3 buah menjadi 15 buah bilik darjah.
Subscribe to:
Posts (Atom)